Rabu, 25 Desember 2013

Pakcik Man Terus Popular Kali Ini Neelofa Pulak


Selepas beberapa orang artis mengambil gambar kenangan bersama pengawal keselamatan ‘glamour’ Azman Mohd Nayan ekoran insiden beliau dengan isteri Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Pakcik Azman terus jadi buruan artis.

Terbaru, artis jelita Neelofa Mohd Noor turut bergambar bersama beliau di tempat beliau bertugas di Terminal Subang Skypark.

Kita banyak melihat pakcik dikejar sana sini untuk bergambar, tetapi tak ada pula orang kejar isteri Mat Yo untuk bergambar.

Lihat sahaja bagaimana taraf seseorang yang boleh diubah Allah dalam sekelip mata biarpun pakcik Azman tidak kaya dan hanya lelaki biasa tetapi beliau kini lebih popular dari isteri Mat Yo.

Ekoran popularitinya itulah, Neelofa juga mengejar pakcik ini untuk bergambar dengannya.

Jadi, dalam gambar ini sesuailah kalau penulis katakan Neelofa tumpang populariti pakcik Azman.

Dalam mesej berkaitan gambar itu, Neelofa berkata hormatilah orang tua tidak kira apa pun pekerjaannya.

“Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan,” kata Neelofa.

Lebih istimewa, kita tahu Neelofa akan hanya buat pose mulut muncung kalau gambar itu betul-betul istimewa, dengan pakcik Azman Neelofa muncung mulut lagi.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 sosial media